Beza cek palang dan bayar cek

Aku baru balik dari Alor Setar dengan adik aku sebab sehari suntuk aku uruskan akaun bank semasa,banner dan tempahan jersey. Jersey dah siap dan dah pun dihantar. Alhamdulillah,semuanya dah selesai hari ini.
Dalam post ni jugak aku selitkan gambar-gambar jersey yang telah siap. Aku tunggu payment je masuk dalam akaun semasa aku nanti. Alhamdulillah.

Yang aku nak kongsi dengan korang hari ini adalah tentang perbezaan cheque palang dan bayar cheque. Sebelum aku tiba kat Bank Islam tadi,aku tengah pikir,macam mana aku nak kuarkan duit dari akaun semasa sebab jika korang buka akaun semasa untuk perniagaan perkongsian,korang tak akan dapat buku akaun ataupun kad bank. Korang cuma akan dapat seketul buku cheque.

Setelah soal selidik macam soal siasat pada receiptionist Bank Islam tadi, baru aku tau yang aku boleh dapat cash terus menggunakan cheque dengan membuat cheque palang. Nak buat cheque palang ni berbeza sikit je dengan cheque yang kita bagi kat orang untuk di tunaikan. Korang cuma perlu letakkan dua signature korang kat atas cheque tu. First sekali kat tempat signature biasa,dan yang kedua korang signature kat tanda "A/C Payee Only" yang berpalang (tanda ini mungkin berbeza mengikut jenis bank yang korang guna).

"Jika boleh gunakan cheque palang,apa gunanya buat bayaran dengan cheque biasa?"
Cheque berpalang membolehkan penerima menerima duit secara tunai daripada tangan bank ke tangan penerima secara terus sekiranya penerima tunaikan cheque tersebut. Berbeza dengan cheque biasa yang memerlukan beberapa hari untuk ditunaikan.

Cheque biasa ini boleh digunakan walaupun didalam akaun semasa pembayar tidak ada tunai. Oleh sebab tu pembayar diberi masa beberapa hari untuk deposit wang yang cukup untuk membolehkan penerima tunaikan cheque tersebut. Jika didalam akaun semasa pembayar itu tidak mempunyai nilai yang cukup,itu yang akan terjadi fenomena cheque tendang! huhu.

Habes bab ilmu untuk hari ini,so lepas ni korang tak ada la terfikir lagi macam mana nak keluarkan duit dari akaun semasa korang dengan menggunakan cheque. Jika terfikir nak keluarkan, ingat cheque palang. Bila ingat cheque palang, ingat blog otaicon. haha.

Hari ni hari belajar Adobe Illustrator untuk aku.

Setakat ni aku dah agak "fasih" untuk menggunakan Adobe Illustrator (AI). Aku patut berterima kasih pada ebook "Adobe Illustrator CS3 Classroom in a Book" yang aku sebat kat torrent site. (ngeh2)

Sebelum ni aku tak pernah reti langsung guna AI ni, walaupun aku reti guna Adobe Photoshop, tapi bila aku try nak guna AI,terus jadi blur atau dengan bahasa yang lebih cantik bodo piang.

Aku belajar dengan Ebook tu je,setakat ni dah cover 3 chapters daripada 15 chapters. Ebook tu bukan dia suruh baca je,tapi korang bleh praktikkan dengan fail-fail latihan yang dia bagi.

Maybe nanti bleh la aku masukkan artwork-artwork aku dalam blog aku ni untuk kepuasan aku sendiri.

Maybe malam ni bleh habiskan,InsyaAllah. Sebenarnya, aku taknak buat entri ni untuk hari ni sebab aku ada entri yang lagi best. Tapi disebabkan tak sempat, korang baca la dulu entri ni. Esok kalau sempat,aku postkan entri pasal...jeng jeng jeng..hehe.

P/S: Kepada kawan-kawan yang nak jadi designer tu,bleh la datang "pau" ebook ni kat aku ataupun cari sendiri je kat tenet ni. Berbaloi-baloi~

Signature aku yang bergaya,

Machangers - Last Laugh (12 episode in DVD)


Grab a copy today before it gone. Our Laugh,Our Tears and Our Fight all in one package.

PRICE: Price in Mars Dollar. MRD 9,999,999.99 per unit only.

PAY BY:

Hairi - Juara Anak Wayang

Tahniah kepada Hairi sebab dah menjadi Program Realiti "Anak Wayang" tetapi sekalung kutukan buat pihak Astro sebab buat ini satu-satunya program yang tak berbaloi untuk ditonton. Nak baca pasal kemenangan Hairi? Sila ke SINI. Nak baca pasal kutukan program Anak Wayang? Teruskan..
Sejak dari awal lagi program ni dah menampakkan ke"boring"annya. Antara faktornya mungkin adalah :

1) Rusdi Ramli sebagai hos. (Seriously dude,you're only good at acting!)
2) Format pertandingan yang macam Raja Lawak. Unsur komedi yang dipertontonkan,bukan penghayatan watak.

Ini yang Astro patut tukar kalau nak kekalkan program ni untuk musim seterusnya. Kalau nak kekalkan program ini dalam format yang sama, Selamat menjayakan program realiti yang GAGAL sekali lagi khas untuk Astro!

p/s: tagline untuk rancangan anak wayang yang tak dapat sorakan penonton malam ini adalah daripada Rusdi Ramli sendiri. Bukan main jerit "Juara Anak Wayang musim pertama adalah.... (pause konon untuk suspen) peserta yang mendapat undian yang terbanyak!" tapi sayang,penonton tak ter"effect" pun. Aku jenuh gelak guling2...haha!

Update:
Kita tengok sama-sama tagline dari Rusdi Ramli yang tak mendapat sambutan tu. Sampai muka Fazura pun dah berubah jadi muka boring lepas dengar ayat tu. Haha!

Payment diterima hari ini!

Yay! Seronoknya dah dapat bayaran dari buat kerja-kerja artikel secara online. Dapat la sikit duit,dapat la aku show off kat orang-orang yang skeptikal pada buat duit secara online ni. Layan gambar payment yang aku dapat kat bawah ni. Enjoy!

Nana pecahkan rekod tertinggi Jangan Lupa Lirik

Tadi aku tengok cerita Jangan Lupa Lirik hanya sebab nak tengok minah ni (Aznil panggei dia Nana..) bleh dapat sejuta ke tak sebab yang pada episod minggu lepas,aku tengok performance Nana ni agak dasyat.

Tapi Nana tarik diri pada lagu berharga RM500,000 iaitu lagu bertajuk "Apa Nak Jadi?" . Honestly,lagu macam tu aku memang tak expect orang boleh hafal sebab dalam lagu tu ada berbelas-belas nama perempuan nak kena ingat. Fatimah la..Hawa la.. (Kalau mamat playboy bleh la ingat kot? yer lah,dah terbiasa banyak gelpren..haha)

Tahniah pada Nana sebab amik langkah bijak menarik diri dan bawak balik RM100,000 . (Aku dah puji ko ni,kalau ko terbaca entri aku ni,bleh la derma2 sket..hehe) Kalau dia tak tarik diri,bawak balik RM5000 jer la.


Kat mana aku sekarang?

Aku sekarang ada kat rumah UUM. Ni pun dah abes kena tegur dengan mak aku sebab lama tak balik sini.
Sebenarnya banyak agi projek Profecker tak selesai,tapi memandangkan aku ni seorang family man (chewah~!),aku gagahkan diri gak balik sini malam-malam buta.
Sekarang pun dah dekat nak solat jumaat,so aku tak boleh buat post panjang lebar.
Petang ni,maybe aku akan berangkat pegi KL dengan team Profecker untuk attend Expo SME. Itu pun kalau jadi la. Kalau jadi,aku akan postkan perjalanan kitorang kat dalam blog peribadi aku ni.

Thanks sebab baca post aku yang mengarot,

Copyright © 2009 - Otaicon Blog - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template