Beza cek palang dan bayar cek

Aku baru balik dari Alor Setar dengan adik aku sebab sehari suntuk aku uruskan akaun bank semasa,banner dan tempahan jersey. Jersey dah siap dan dah pun dihantar. Alhamdulillah,semuanya dah selesai hari ini.
Dalam post ni jugak aku selitkan gambar-gambar jersey yang telah siap. Aku tunggu payment je masuk dalam akaun semasa aku nanti. Alhamdulillah.

Yang aku nak kongsi dengan korang hari ini adalah tentang perbezaan cheque palang dan bayar cheque. Sebelum aku tiba kat Bank Islam tadi,aku tengah pikir,macam mana aku nak kuarkan duit dari akaun semasa sebab jika korang buka akaun semasa untuk perniagaan perkongsian,korang tak akan dapat buku akaun ataupun kad bank. Korang cuma akan dapat seketul buku cheque.

Setelah soal selidik macam soal siasat pada receiptionist Bank Islam tadi, baru aku tau yang aku boleh dapat cash terus menggunakan cheque dengan membuat cheque palang. Nak buat cheque palang ni berbeza sikit je dengan cheque yang kita bagi kat orang untuk di tunaikan. Korang cuma perlu letakkan dua signature korang kat atas cheque tu. First sekali kat tempat signature biasa,dan yang kedua korang signature kat tanda "A/C Payee Only" yang berpalang (tanda ini mungkin berbeza mengikut jenis bank yang korang guna).

"Jika boleh gunakan cheque palang,apa gunanya buat bayaran dengan cheque biasa?"
Cheque berpalang membolehkan penerima menerima duit secara tunai daripada tangan bank ke tangan penerima secara terus sekiranya penerima tunaikan cheque tersebut. Berbeza dengan cheque biasa yang memerlukan beberapa hari untuk ditunaikan.

Cheque biasa ini boleh digunakan walaupun didalam akaun semasa pembayar tidak ada tunai. Oleh sebab tu pembayar diberi masa beberapa hari untuk deposit wang yang cukup untuk membolehkan penerima tunaikan cheque tersebut. Jika didalam akaun semasa pembayar itu tidak mempunyai nilai yang cukup,itu yang akan terjadi fenomena cheque tendang! huhu.

Habes bab ilmu untuk hari ini,so lepas ni korang tak ada la terfikir lagi macam mana nak keluarkan duit dari akaun semasa korang dengan menggunakan cheque. Jika terfikir nak keluarkan, ingat cheque palang. Bila ingat cheque palang, ingat blog otaicon. haha.

5 comments:

acik said...

salam...leh kongsi ke idea nak buat ads dengan innity
saya blogger baru..
buat ads dng nuffy..
adoi..
payah la..nak apply innity nie..
tapi dgar kabar adsnya mahal mahal...
tu yg nak bekongsi info dgn kamu..
please..
kalau ader yg boleh dikongsikan...
thanks ..insan yang mengharap..

acik mimi said...

thanks atas komen anda...
betul tu ..tapi dimana ada usah disitu ader kejayaan...
1 day 200 uv innity nak 6k uv per month..
akan cuba diusahakan..
tu la...nk tanya sikit kalau ader info2 yg boleh dikongsi dari segi traffik atau yg lain-lain...
oh...ya...em.....jap jap jap..

All Thing Viral said...

thanks for this info ya. saya juga guna akaun semasa BI. first time buat cek palang (tunai cash)

Unknown said...

Boleh tak cek atas nama saya di deposit kan ke akaun bank isteri saya ?mohon pencerahan

Unknown said...

Boleh tak cek atas nama saya di deposit kan ke akaun bank isteri saya ?mohon pencerahan

JAWAPAN : TAK BOLEH

Post a Comment

Copyright © 2009 - Otaicon Blog - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template