Hairi - Juara Anak Wayang

Tahniah kepada Hairi sebab dah menjadi Program Realiti "Anak Wayang" tetapi sekalung kutukan buat pihak Astro sebab buat ini satu-satunya program yang tak berbaloi untuk ditonton. Nak baca pasal kemenangan Hairi? Sila ke SINI. Nak baca pasal kutukan program Anak Wayang? Teruskan..
Sejak dari awal lagi program ni dah menampakkan ke"boring"annya. Antara faktornya mungkin adalah :

1) Rusdi Ramli sebagai hos. (Seriously dude,you're only good at acting!)
2) Format pertandingan yang macam Raja Lawak. Unsur komedi yang dipertontonkan,bukan penghayatan watak.

Ini yang Astro patut tukar kalau nak kekalkan program ni untuk musim seterusnya. Kalau nak kekalkan program ini dalam format yang sama, Selamat menjayakan program realiti yang GAGAL sekali lagi khas untuk Astro!

p/s: tagline untuk rancangan anak wayang yang tak dapat sorakan penonton malam ini adalah daripada Rusdi Ramli sendiri. Bukan main jerit "Juara Anak Wayang musim pertama adalah.... (pause konon untuk suspen) peserta yang mendapat undian yang terbanyak!" tapi sayang,penonton tak ter"effect" pun. Aku jenuh gelak guling2...haha!

Update:
Kita tengok sama-sama tagline dari Rusdi Ramli yang tak mendapat sambutan tu. Sampai muka Fazura pun dah berubah jadi muka boring lepas dengar ayat tu. Haha!

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2009 - Otaicon Blog - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template